Nasi Beriani Ayam

14 10 2011

Saya sangat gemarkan masakan nasi seperti nasi lemak, minyak dan beriani. Nasi beriani yang paling sedap setakat ni (mengikut tekak saya la) ialah beriani restoran Mahbob di Bangsar…sejak kali pertama menikmatinya pada tahun 1997, tak ada lagi yang dapat challenge nasi beriani di sini terutama sekali ayam madunya..daripada harga RM4.50 hinggalah sekarang ni +- RM14.00….tak ralat membayarnya..sedap sangat.

Saya pernah belajar masak (hands-on) nasi beriani Bangladesh daripada kawan abang ipar, pasangan suami isteri warga Bangladesh yang futher study di sini..memang sedap sekali…kalau ada masa saya, nanti saya akan postkan resepinya di sini…

Hari ini saya upload video cara memasak nasi beriani yang paling detail pernah saya jumpa setakat ini..so, sapa-sapa yang berminat boleh cuba…tetapi saya nasihatkan/prefer lauk beriani itu dimasak terlebih dulu baru dilayerkan…(seperti yang saya belajar daripada Bangladeshi tu)…lebih senang dikawal garam gulanya….Selamat Memasak..

p/s: cadangnya hari ni nak masak nasi beriani ni…kalau jadi nanti saya up;oadlan gambar ye…mekasih.





Nasi Hujan Panas

2 10 2011

Ini masakan nasi kegemaran ana-anak dan suami…tambah pula jika disertakan dengan kurma ayam, tumis kicap ikan tongkol, acar jelatah dan sambal belacan….hmm….bertambah-tambahlah depa makan.

Bahan-bahannya:

3 pot beras basmathi (basuh, rendam dan toskan kering)
3 1/2 pot air
1/2 pot susu cair@ segar
4 sudu minyak sapi
4 sudu minyak masak
4 biji bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
3 cm kayu manis
5-6 ulas bwg merah-mayang
3 ulas bawang putih-mayang
sedikit halia-hiris halus
2 helai daun pandan
Pewarna merah, hijau dan kuning telor
Raisins

Cara masak:

Panaskan minyak sapi dan minyak masak.
Masukkan rempah kasar, dan semua bawang dan halia
Tumis hingga wangi, masukkan air. Jerang sampai menggelegak.
Masukkan susu dan daun pandan. Bila menggelegak lagi, masukkan berasdan tanak hingga masak.
Ketika hampir masak, titikkan pewarna ke dalam nasi (jangan kacau lagi) dan juga raisins yang direndam dalam air panas.

Bila sudah masak dan hampir hendak dihidangkan, barulah digembur-gemburkan nasi dengan senduk kayu supaya nasi tidak patah…siap untuk dihidangkan.

Note: Resepi sebenar menggunakan air rebusan daging dan menggunakan daun ketumbar sebagai hiasan. Saya lebih suka menggunakan resepi nasi minyak. Bergantung kepada citarasa masing-masing….selamat mencuba.








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.