Resepi Nasi Kerabu Tradisional

27 05 2011

Terdapat banyak resepi dan cara memasak nasi kerabu….ia berbeza mengikut asal tempat malahan juga telah banyak dipengaruhi oleh negeri-negeri lain. Di Kelantan sendiri, nasi kerabu Kota Bharu berbeza dengan nasi kerabu Pasir Putih atau Tanah Merah…walaupun rasanya hampir sama , namun lauk pelengkap dan presentationnya akan berbeza dan kadang-kadang banyak terpengaruh dengan resepi dari Siam/Selatan Thailand. Begitu juga nasi kerabu sangat penting di kawasan Tumpat dimana ia bukan sekadar dihidangkan pada waktu pagi atau untuk makan di rumah tetapi juga untuk upacara cukur jambul atau tahnik.

Walaupun sudah bermacam jenis dan variety nasi kerabu telah saya rasa, namun selera saya tetap pada nasi kerabu masakan arwah nenek yang sungguh simple. Mungkin faktor air tangan beliau dan juga lidah kita yang sudah terbiasa. Sebagai mengenang masakannya, di sini saya sajikan resepi turun-temurun nasi kerabu Kampung Bukit Abal, Pasir Putih Kelantan.

Sambal Kelapa

Bahan-bahannya:
Sebiji kelapa parut disangai garing (warna dark brown) dan ditumbuk lumat (jangan sampai pecah minyak)
5-6 ekor isi ikan selayang/sardin atau kembung (paling baik dibakar kerana akan kurang hanyir berbanding dikukus atau direbus)
6 ulas bawang merah
10-15 biji lada hitam
3-4 batang serai (lihat saiz)
gula/gula melaka, garam secukup rasa (kena lebih sikit gula dan garamnya…jangan takut untuk rasa yang lebih ummmph)

Cara:
Tumbuk halus/lumat semua bahan. Gaulkan hingga sebati/mesra. Sudah siap, tekan-tekankan hingga rapat dan disendukkan ke dalam pinggan waktu menghidang nanti.

Sambal Tumis
Dua paket kecil santan/ agak-agak 1 atau 11/2 biji kelapa
5-7 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit halia
3-4 batang serai
5-6 biji cili kering
Gula/gula melaka
Asam keping/asam jawa
Budu
Garam- hati-hati dengan garam, jika kuah telah masin dengan budu, garam tidak perlu.

Cara memasak:
Masukkan santan dalam periuk. Biarkan hingga menggelegak tanpa perlu dikacau.
Mesinkan semua bahan kecuali asam keping. Masukkan dalam santan yang sedang menggelegak tadi bersama asam keping. Kacau sekali-sekala.Masukkan gula,budu dan garam. Masak sampai kuah pekat dan pecah minyak. Rasanya mesti masam, manis dan masin.

Sayur Ulam
Bahan-bahannya:
Timun
Kacang panjang
Kubis
Bunga Kantan
Daun Kesum
Taugeh
Racik halus-halus dan gaul bersama.

Ulam sebenar/asal
Pucuk Serai Kayu/ Pucuk Salam?
Kacang Panjang
Daun Kesum
Timun
Bunga Kantan

Air Lada (Jika masak nasi kerabu hitam)
10 biji cili padi merah
Cuka
gula
garam

Cili ditumbuk/dimesin bersama-sama dengan gula dan garam (1 bhgn garam, 2 bhgn gula) dan dibancuh dengan cuka.

Nasi
Boleh memasak nasi biasa.
Boleh masak nasi warna biru( gunakan pewarna atau bunga nasi kerabu0
Boleh masak nasi berwarna kuning
Boleh masukkan serai dan daun limau purut untuk mewangikan nasi dan menambahkan selera.

Budu
Perahkan asam limau nipis (paling sedap limau kerat lintang tapi hanya ada di Kelantan)
Lenyekkan cili padi.

Pilihan Side dishes: (bagi saya cukup dengan keropok goreng je, baru betul-betul menikmati rasa sambal kelapa dan tumis tadi…)
Solok lada
Daging/ayam bakar
Keropok goreng
Telor asin

Cara memasak nasi kerabu ni memang remeh, tetapi bila sudah biasa ia jadi ringkas dan berbaloi-baloi.

Selamat mencuba…..cuti sekolah nanti bolehlah ke dapur untuk cuba resepi ini…..bye

About these ads

Actions

Information

12 responses

1 08 2011
aini

slm..mtk resepi yer

6 08 2011
wanzafalis

W’salam…silakan dan selamat mencuba…

28 08 2012
ezuana

Salam , dok kg bukit abal , anak sapa ya

28 08 2012
wanzafalis

W’salam…dah lama tinggalkan Bukit Abal..dari tahun 1983 lagi…saudara-mara pun dah tak ramai di sana..tak apalah..lebih selesa kekal sebagai yang tidak dikenali..

p/s; Rasanya Ezuana ni adik sangat lagikan?

22 09 2012
siti

Tenkiu tuan blog share resepi ns kerabu ni..First time sy bt sndiri..Perghh..mmg terangkatt..bes!!suami asek puji2 je sdp..hee

24 09 2012
wanzafalis

Terima kasih Siti kerana sudi mencuba. Memang ini resepi tradisional keluarga saya. ha, lain kali makan kat kedai mesti rasa kurang sedapkan? hihi

26 01 2013
Lina

Terimakasih Kerala sudi kongsi resipi keluarga puan. Izin utk copy resipinya?.
Saya org srwk tapi suka mkn nasi kerabu. Hope bila Ada masa will try u resipi . Sound so delicious but lots of work….tapi Dari resipinya mmg sedappp.

26 01 2013
wanzafalis

Alhamdulillah, sama-sama. Harap Lina dapat mencubanya. Memang remeh sedikit penyediaannya tapi yang sedap memang susah nak dapatkan? hehehe, tak apa, bila selalu buat nanti akan rasa lebih mudah.

11 03 2013
mazlin suraya

alhamdulillah dah cuba resepi ni sedap xterkata.. hehehe puji diri sdiri lak… tp resepi drp puan wan…tq puan

11 03 2013
wanzafalis

Alhamdulillah..terima kasih Mazlin, kerana mencuba :-)

19 03 2013
melissa arieana

terima kasih puan.saya dah cuba resepi puan ni.sedap sangat kata suami dan family saya.tak rumit sangat nak buat walaupun masak sorang-sorang untuk 10orang tapi saya enjoy sebab saya memang suka makan nasi kerabu.bila balik sabah,mak saya memang minta saya buat nasi kerabu ni :)

19 03 2013
wanzafalis

Alhamdulillah, terima kasih kerana mencuba resepi turun temurun arwah nenek saya ini, happy cooking ya :-)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: