Laukana Bainana

31 05 2012




Cermin diri dulu…

27 05 2012

Cermin diri dulu…

Muhasabah diri dulu…

Kita ni baik sangat ke?

Kita ni soleh sangat ke?

Apa hak kita untuk menilai orang lain?

Orang lain tu teruk daripada kita ke?

tak soleh ke?

tak warak ke?

tak akan masuk syurga ke?

ANGKUHNYA kita….

SIAPA kita?

 

Baik, buruk, warak, jahil, …bukan kita yang menentukan….

Syurga dan neraka…bukan milik kita untuk menentukan siapa yang layak dan tidak layak…

semua itu urusan Allah..hak Allah …sebagai Pencipta dan Tuan Punya…

Tugas kita…

tingkat iman sendiri..

perbaiki dan tingkatkan  kualiti ibadah sendiri…

berdoa kepadaNya agar segala amalan dan perbuatan diberkati dan dirahmati…

samada di depan orang mahupun di belakang orang….ikhlas sentiasa…

Jangan sibuk menilai dan menghukum orang lain….

Ya Allah….bukakanlah pintu hatiku, hati orang-orang yang aku kasihi….untuk menerima hidayahMu….

Ya Allah…sungguh sukar untuk sentiasa berada di atas jalanMu…

Ya Allah…sesungguhnya aku tidak mampu untuk berjihad…meletakkan diriku dan keluargaku di atas jalan kebenaran dan tuntutan Mu…

Ya Allah…aku manusia dan hambaMu yang zalim….

Engkau Maha Mengetahui dan Maha Menguasai…..

Lindungilah Aku dan keluargaku….meski kami sentiasa tersesat dan hilang arah tujuan…dalam usaha mendekatiMu….

Jangan tinggalkan kami…..sesungguhnya tiada daya dan upaya kami melainkan dengan KekuasaanMu, RahmatMu, bantuanMu dan kasih-sayangMu….aminnnn.





Hari Guru berlalu pergi….

27 05 2012

hahahaha….look at the picture….nasib baik tak pernah lagi buat macam tu…

 

Selamat Hari Guru kepada semua guru……be happy with your work…and smile alwayssss….

Kepada semua guru yang telah mengajar saya…terima kasih cikgu…semoga Allah mengurniakan keberkatan terhadap semua usaha kalian…yang telah mendahuluiku…semoga ilmu yang diberikan menjadi sinar terang di alam sana…Al-Fatihah….

Sambutan Hari Guru tahun ini agak membosankan….tapi tak apalah…kredit harus diberi kepada semua yang terlibat dalam menjayakan sambutan pada tahun ini…yang pasti…saya sangat berpuas hati dengan baju dan tudung baru berwarna hijau dan sarat dengan sulaman berlapis-lapis…ahhaaaarrrksss…!!!!! (saya memang suka melarammmmm!!!!…hihihi)

Aktiviti sukaneka tahun ni agak menarik juga…macam biasalah…menang lagi meskipun nombor dua …macam mana tak nombor dua..cikgu-cikgu lelaki yang seramai 4 orang tu…yang berebut nak masuk kumpulan I tu…rupa-rupanya kaki bangku…hihihihi…sepak bola tak masuk gol…apalahhhh!!! apapun it was fun….release tension jap….

Bye…bye…Hari Guru…diizinkan Tuhan kita berjumpa lagi tahun depan…semoga dengan berita yang lebih baik untuk guru-guru…..

Kepada semua murid yang memberikan hadiah dan kad…terima kasih…

Kepada semua murid yang hanya mengucapkan Selamat Hari Guru..terima kasih..

Kepada semua murid yang tak beri apa-apa dan tak ucap apa-apa…terima kasih …

Anda semua istimewa dalam hidup saya…saya sentiasa mendoakan agar anda semua berjaya sebagai manusia…di dunia dan juga di akhirat…insyaAllah…sayang kamu semua!!!! peaceeee!!!!





tak seindah rupa..

27 05 2012

kadang-kadang malah selalu sungguh kita cepat buat assumption bila kita lihat seseorang individu tu…yang ni nampak baik, yang ni muka dia macam kunta kintey…mesti jahat, dia ni mesti warak, tengoklah cara dia berpakaian…yang ni nampak macam dari keluarga baik-baik…tengoklah percakapannya…lembut gitu…hahaha…sehinggalah satu masa…..ceng…ceng..ceng…ooohhhhhhh!!!!! macam itu kisahnya….hahahaha

Nampak macam baik sungguh…suaminyapun orang terpelajar lagi…tapi bila dia menyumpah seranah..siap baling kertas atas muka aku lagi…..wallaaaa……you are not somebody that you are trying to project to….now I know you…..hihihihi…well!!! nasib baik we are not close…takut nanti macam putuskan silaturrahim pulak (bukan dari satu rahim pun…tak apa kot…hihihihi)..tapi sehari you tak nak berkawan dengan I…sepuluh tahun lepas I dah tak nak berkawan dengan you..(pinjam kata-kata arwah nenek I yang terkenal garang…hihihi)

Wahhhh…tak sangka juga I boleh diam dan just said sorry…..kira penyabar jugaklah orangnya…hihihihi…tekan lif sendiri ni..

Teringat the way dia jeling I…..terbeliak mata youuuu!!! hahaha…siap pergi cerita kisah kat ofis lagi…..hahaha…let her be…

 

Nahhh!!!!…dua tiga hari ni I nampak dia dah mula nak bertentang mata dengan I…cuba nak tarik perhatian…sory lah…in the first place…kita bukan kawanpun..I hormat you sebagai senior and colleague je…not more than that…rasanya kalau kita tak berhubung secara peribadipun tak akan menjejaskan hubungan profesional kita…

so…peringatan…don’t judge the book by it’s cover ye….jangan nampak manis je terus nak ditelan…hihihi…meskipun itu yang selalu berlaku pada I yang lurus bendul dan naif ni..hahahah…selalu kena ambil kesempatan dan ditikam belakang oleh orang yang nampak lembut, ayu dan warak gituuuu…..yang sebenarnya ular naga bersisik besi tembaga…hahahahahaha…tunggu masa nak ngap je…hihihi

Sebenarnya peristiwa yang banyak berlaku akan mematangkan kita supaya sentiasa berhati-hati dan berwaspada…tetapi kadang-kadang ia tetap berlaku juga kerana memang sifat dan fitrah kita yang lembut hati dan jujur serta mudah belas kasihan dan mudah percaya…semoga orang-orang seperti  ini akan dilindungi Allah selalu daripada manusia-manusia yang jahat, mengambil kesempatan, penuh perancangan, pentingkan diri sendiri dan biadap…..amin Ya Rabbal a’laminnnn.

 





Aku pendendam…

17 05 2012

Memang….tiada baiknya dan faedahnya berdendam…

tapi aku memang pendendam…

sukar untuk melupakan…rasanya baru saja berlaku…dan doaku masih berterusan…

setiap penghinaan…setiap baris kata dan tulisan yang angkuh…satu-satu terpahat di mata mindaku…

setiap ulas bicara penuh sombong terngiang-ngiang di telingaku..

masih panas terasa air mataku mengalir laju di pipi

masih terdengar raunganku dan tangisku…..hingga membara maluku dan amarahku atas kelemahanku..

manakan bisa aku melupakannya???

hingga terlucut nyawaku….tidak akan sekali-kali aku lupa…

 

memang…aku adalah pendendam…

 

 





Happy Teachers Day

17 05 2012

Should be a happy day but with a very hectic schedule…everything went wrong and frustrating…huhuhu..

Ape hal?

Masuk kelas untuk invigilate….meja budak-budak rapat giler..(ggrrrrr!!!)…tak apelah tunggu next paper baru oleh adjust balik..

dah abih exam dan ready untuk paper seterusnya..kita pulak yang sorang-sorang susun meja…depa boleh buat deeeekkkk je bila kita minta tolong..(mintak tolong..hellloooo!!!) bukannya nak volunteer???

bila dah mengamuk barula nak tolong sikit-sikit…aduhhhh

then…paper mula pukul 10.30am….kul 10.35 belum masuk lagi…sepatutnya pukul 10.25 dah standby dalam kelas…apalagi…memang mendidihlah …

10.40 baru sorang-sorang muncul…..hhmmm memang nak kena la…

Sabar? memang sabar lah ni…kalau tak memang ada yang nak kena lempang hari ni…..tak nak pulak mencemarkan hari guru tahun ni……nanti tak pasal-pasal jadi hari guru penuh bersejarah…

 

Entahlah…budak-budak sekarang memang kurang rasa hormat dan prihatin kepada guru….kalau dulu tengok cikgu bawak buku berebut-rebut kita nak tolong. Sekarang? guru sarat mengandung bawak beg dan buku-buku…naik tangga hingga tingkat 4…budak-budak boleh passed by macam tu je….silap-silap dia langgar kita pulak sebab jalan slow ….;-(

Satu lagi…budak-budak sekarang ni kurang takut dan hormat pada undang-undang sekolah…bila kita tegur dia boleh tanya…kenapa tak boleh cikgu? semua benda dia pakai logik akal dan dah pandai guna teori kebebasan dan hak asasi manusia…habih tu macam mana?

Walaupun bukan semua dan hanya segelintir sahaja, perkara ini tetap membimbangkan..apa akan jadi bila mereka berada di dalam masyarakat terbuka nanti? bagaimana mereka boleh hidup dengan nilai-nilai murni yang diperlukan sama ada dalam keluarga sendiri mahupun di tempat kerja atau di kawasan tempat tinggal masing-masing jika amalan baik itu tidak mahu diamalkan diperingkat awal lagi? Masyarakat baru yang akan terhasil ialah masyarakat aku-aku, kamu-kamu…tiada tolenransi, kerjasama dan ambil berat antara satu sama lain…

Haiii…cikgu…cikgu…pening kepala cikgu…sebab apa yang cikgu-cikgu nampak dan masyarakat tidak mahu tengok…bimbang dan takut akan masa depan pelajar-pelajar sendiri…

Sebenarnya mudah untuk kita melahirkan seorang pelajar yang pandai dan cemerlang dalam exam…tetapi amat sukar untuk melahirkan pelajar yang bersifat manusia, cemerlang dari segi pelajarannya, akhlaknya, ugamanya serta kebersediaannya menjadi ahli masyarakat yang dapat memberi sumbangan kepada bangsa dan agamanya…ibarat benih yang baik baling ke darat menjadi gunung, baling ke laut menjadi pulau…wallahua’lam..

 

 





Penuhi Masa Muda untuk Kebahagiaan Masa Tua

5 05 2012

Image

Kita sangat berterima kasih dan bangga bila diberikan hadiah oleh orang lain..apatah lagi daripada orang tersayang atau daripada bos-bos kita di pejabat. Kita sangat menghargai dan menjaga hadiah itu dengan baik, simpan ditempat yang baik dan sebagainya.

Pernahkah kita terfikir bahwa kita telah diberikan anugerah dan hadiah secara percuma dan sangat berarga tetapi tidak pernah kita menghargainya sehinggalah kita kehilangannya?

Masa muda….merupakan hadiah daripada Allah sekiranya umur kita panjang…..setiap yang tua pernah melalui masa muda dan sekiranya berlalu tidak mungkin akan dapat dikembalikan.

Masa muda yang perlu digunakan sebaiknya sebelum datang masa tua, masa sakit dan masa mati…

Masa muda jangan dibiarkan  berlalu tanpa erti, kerana masa muda penuh dengan kecergasan fizikal dan mental. Pergerakan jasmani yang kuat untuk melakukan sesuatu pekerjaan atau amal dan mental remaja yang segar memberikan ruang yang luas, cukup untuk mencapai pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman.

Masa muda yang percuma ini akan ditanya dan dihitung diakhirat kelak…kerana masa muda ini meskipun anugerah percuma ..ia datang dengan amanah dan akan disoal sejauhmana ia digunakan sama ada untuk kebaikan mahupun keburukan.

Peringatan dari Allah SWT dalam firmanNya;

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal-soleh, maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putus”

Surah at-Tin ayat 4,5 da 6.

 








Follow

Get every new post delivered to your Inbox.